Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi SK Jerantut.
Laman web ini dibangunkan bagi tujuan untuk menyediakan satu lagi sistem komunikasi dan penyampaian maklumat kepada ibu bapa, guru-guru dan masyarakat setempat khususnya mengenai perjalanan sekolah dan diharap ia dapat merapatkan lagi hubungan antara sekolah dan komunitinya.
Melalui laman web ini juga, pihak sekolah ingin menjadikan ia sebagai satu portal untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru-guru untuk menggunakan sumber ICT dalam pengajaran seharian dengan memanipulasikan kepelbagaian sumber dalam dunia internet.